Wednesday, 14 December 2011

Awie Wings Hampir Dibelasah | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

Awie Wings Hampir Dibelasah | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

myMetro | Konsert reunion XPDC

myMetro | Konsert reunion XPDC

myMetro | Perlawanan persahabatan Harimau Malaya-Arab Saudi pada Februari

myMetro | Perlawanan persahabatan Harimau Malaya-Arab Saudi pada Februari

myMetro | Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada 9 Jan

myMetro | Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada 9 Jan

myMetro | Awie nafi dipukul

myMetro | Awie nafi dipukul

Shaheizy Sam suka kehijauan


Shaheizy sam yang terkenal kerana lakonannya yang begitu mencuit hati memang mendapat banyak perhatian ramai. Namun itu pada bidang kerjaya, di dalam bidang pribadinya pula, tahukah anda yang adik kepada aktres Zizie Ezzette ini mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkan landskap taman di depan rumahnya. Walaupun terpaksa berhabis sekitar RM4,000 untuk kos barang-barang dan pemasangan, Sam akui berpuas hati kerana landskap itu dibangunkan dengan titik peluhnya sendiri.

Kalau hendak tahu lagi, landskap ini baru sahaja dibina oleh Sam ketika menghabiskan cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Dia sendiri yang melakukan kerja-kerja mengecat, memasang perabot dan memacakkan tiang lampu di taman ini. Memang cantik kiranya halaman tu. Biasalah kerja orang bujang, kalau dah berbini mungkin lebih indah dan cantik lagi kan.

Selami rumahtangga Norman, Memey


Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 25, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Kini sudah beberapa bulan berlalu, kehidupan rumahtangga mereka sepertinya begitu bahagia sekali. Mari kita lihat apa yang ada dan terjadi dengan rumahtangga mereka. Hidup berumahtangga memang indah, apatah di awal permulaan episod, tapi harap-harap ianya berterusan sehingga selama-lamanya.

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan apa yang boleh saya katakan, saya amat bahagia dengan kehidupan saya sekarang.

"Jadi, kalau hendak keluar ke mana-mana sahaja, tiada apa yang perlu difikirkan lagi dan sesungguhnya kami amat gembira dengan apa yang kami lalui sekarang ini," jelas Memey sewaktu ditemui pada majlis perasmian Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Abang seorang yang ringkas dan dia aktif bersenam di gimnasium serta jarang makan nasi, maka, makanan yang perlu saya masak kebanyakannya jenis kukus, panggang dan bakar.

"Makanan barat menjadi keutamaan abang. Tetapi, kadang-kala, saya masak juga masakan Melayu kerana mahu ubah selera dan saya masak apa yang dia suka.

"Belum lagi. Buat masa ini masih kosong lagi. Masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Apa pun, kami memang tidak merancang dan menerima rezeki yang datang.

Penulis Ombak Rindu dapat lebih RM300k


Nampaknya kontroversi filem Ombak Rindu masih tidak berpenghujung. Semakin rancak jumlah kutipan yang diperolehi filem ini, semakin rancak juga penulis novel ini, Fauziah Ashari, mengeluarkan kenyataan pedas. Semuanya gara-gara rasa tidak puas hati.

Selepas berterus-terang kecewa dengan garapan Osman Ali, si penulis muncul dengan kenyataan baru. Dalam laporan sebuah akhbar Rabu lalu, Fauziah mengatakan dia kecewa kerana tidak mendapat bayaran setimpal. Dakwa Fauziah, bayaran yang diterimanya sangat sedikit. Hanya cukup untuk tambang ulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Bukan itu, Fauziah juga seolah-olah menyalahkan pihak penerbit, Alaf 21, kerana berpendapat perjanjian atau kontrak yang ditandatangani ‘memakan diri’ penulis atau berat sebelah.

penulis yang bertudung
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami adalah penerbit novel tersebut. Oleh itu, kami sama sekali tidak terlibat dengan pembikinan filem. Kalau Fauziah rasa kami ada mengaut keuntungan daripada penerbitan filem ini, dia silap. Kami hanya menerima bayaran berjumlah RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus (RM1,600) daripada bayaran itu telah diserahkan kepada Fauziah. Memang kami tidak letakkan harga yang tinggi kepada produksi filem kerana kami percaya jika filem ini mendapat sambutan hangat, ia pasti membantu penjualan novel juga.

Untuk makluman semua, setakat hari ini Fauziah telah menerima bayaran royalti sebanyak RM291,845.09, dan seandainya cetakan terbaru berjumlah 40,000 naskah habis dijual, dia akan menerima sebanyak RM50,000 lagi. Jadi, mengapa harus Fauziah berasa tidak puas hati?

Sebagai penerbit novel, kami juga mengharapkan keuntungan daripada penjualan novel. Bukan daripada filem. Fauziah seharusnya faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini. Sebagai penerbit, Alaf 21 punya hak untuk uruskan naskah novel sekiranya ia mahu diadaptasi ke pementasan teater, filem dan sebagainya,” ujar Pengarah Urusan Alaf 21, Dato’ Hussamuddin Hj. Yaakob.
Ditanya mengapa Alaf 21 meletakkan harga yang rendah kepada Tarantella Pictures, Hussamuddin memberitahu ketika urusan pembelian hakcipta Ombak Rindu dilakukan pada tahun 2009, memang tidak ada mana-mana pihak yang mahu membeli sebuah karya novel dengan harga yang tinggi. Tarantella adalah pihak pertama yang datang kepada Alaf 21.
“Bagi kami harga yang ditawarkan tidak menjadi masalah kerana kami faham mereka juga perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menerbitkan sebuah filem. Macam yang saya katakan tadi, kami bersetuju dengan harga itu kerana kami percaya ia akan membantu jualan novel seandainya filem ini mendapat sambutan hangat. Ini terbukti dengan situasi terkini. 20,000 naskah cetakan terbaru telah pun habis dijual. Dengan penjelasan ini, saya harap Fauziah dan pihak-pihak di luar sana faham dengan situasi sebenar. Kalau Fauziah masih tidak yakin dengan jumlah jualan yang kami umumkan, dia boleh datang buat audit. Saya tidak kisah kerana kami mengamalkan perniagaan yang telus dan terbuka,” ulas Hussamuddin lagi.

ANAK DIAN P.RAMLEE CERAI TALAK 3?

 Mengikut sumber yang diterima melalui laman Cari. Diberitahu yang anak perempuan sulung kepada Dian P.Ramlee yang berumur 22 tahun diceraikan oleh suaminya baru-baru ini. (Anak Dian yang perempuan ni memang terkenal sebab kecantikannnya) Bab-bab cerai memanglah bukan perkara biasa tapi yang menjadi luar biasanya adalah jatuhnya talak 3 yang dikatakan dilafaz oleh suaminya. Memang sungguh meyedihkan kalau talak 3 dilafazkan.

Tak tahu berita ini benar atau tidak dikatakan si suami menganggap si isteri curang. Kini Dian menjaga cucunya yang berusia setahun setengah bagi tidak dilibatkan dalam kes mereka berdua. Wallahualam, cerita lanjut kita nantikan pengakuan Dian pula selepas ini.

Salam Blogger

Aqu budak baru belajar nak main blogger ni jadi pada sesiapa yang terjumpa blog aq ni tolong ajar sikit sikit jak ya..sekurangnya dapat juga infor kan..jadi apa tunggu lagi kawan jom serbu blog aq ni.....open blogger

Sunday, 11 December 2011

F.T. Island Gegarkan Stadium Negara Januari 2012!


Beberapa tahun lalu, mereka pernah membuat perancangan untuk mengadakan konsert jelajah ke Malaysia, namun sayangnya atas sebab-sebab tertentu ia dibatalkan. Namun hajat sekalian Primadonnas (gelaran untuk peminat) untuk menyaksikan band pujaan mereka, FT. Island bakal tercapai menerusi konsert jelajah, ’2012 Play! FTISLAND Concert in Malaysia’, pada 14 Januari, 8.30 malam di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Istimewanya konsert anjuran square rOOTS sdn Bhd ini diilham sendiri oleh anggota FT Island istimewa buat para peminat mereka. Daripada proses pemilihan lagu, rekaan pentas serta perjalanan persembahan yang menjanjikan persembahan memukau semuanya telah diatur sendiri oleh mereka.
Tiket-tiket boleh didapati mulai esok bermula dari harga RM138 (P3), RM248 (P2), RM368 (P1) and RM468 (Rock Zone). Setiap tiket dikenakan caj RM3 (processing fee). Maklumat lanjut, boleh hubungi iLasso at 03-7957 6088, atau agent tiket iLasso agents atau Square Roots di talian 03-8023 4376. Untuk pembelian menerusi online purchase, boleh layari www.ilassotickets.com.
Selain itu, setiap pembelian bagi tiket P1 dan Rock Zone, di adakan peraduan early bird iaitu seramai 50 pemenang bertuah, berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet dengan FT Island. Maklumat lanjut, boleh hubungi Square Roots at 03-8023 4376.



Lorong6

Jalan yang lurus diibaratkan sebagai jalan menuju kebaikan dan jalan yang bengkok di ibaratkan sebagai jalan menuju kejahatan  pilihla jalan yang terbaik untuk anda pastikan setiap pilihan yang anda buat itu  bakal menentukan hidup anda..

Band Britain, One Night Only Akui Tomok Berbakat & Fun!


He is star! Tomok seorang yang berbakat, rendah diri, fun, mempunyai vokal yang mantap dan kami senang bekerjasama dengannya.” ujar vokalis band Rock Indie Britain, One Night Only (ONO), George Craig ketika ditemui sewaktu sesi temuramah bersama media di One World Hotel, Sabtu lalu.
Tambah George yang juga merupakan model jenama Burberry lagi, mereka sudah pernah bertemu dengan Tomok sebelum ini semasa Tomok terbang ke London untuk menjalani proses rakaman lagu dan muzik video lagu tema Coca-Cola, ‘Buka Semangat’ bersama mereka.
“Kami telah bertemunya sebelum ini. Memang seronok apabila dia datang ke London. Dia seorang yang fun untuk didekati dan kami teruja untuk berduet bersama Tomok esok (Ahad) dan berharap peminat di Malaysia teruja dengan persembahan kami meskipun dalam masa yang singkat,” ujar gitaris  ONO, Mark Hayton.
Ditubuhkan pada tahun 2003, band kelahiran Helmsley, North Yorkshire yang hits dengan lagu ‘Just For Tonight’ ini berkunjung ke Malaysia untuk menjayakan ‘Konsert Semangat Inspirasi’ anjuran TV3 dengan kerjasama Coca-Cola yang berlangsung malam semalam di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena.

FACEBOOK..

FACEBOOK IN MALAYSIA




Salam. 
kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian, tajuk hari ini mengenai FACEBOOK satu laman sosial terbesar dunia. negara kita Malaysia adalah salah satu negara yang paling active menggunakan facebook keadaan ini dikatan ada baiknya dan keburukannya kebaikannya adalah dapat berkenalan dengan raka-rakan baru, dapat berjumpa dengan rakan yang sekian lama terpisah dan keburukannya adalah berkaitan remaja dan si pengguna facebook. kalau kita selalu dengar berkaitan penceraian di kalangan pasangan suami istri bahagia dan akhirnya berpisah akibat daripada berlakunya curang di antara satu pasangan ini satu gejala yang sangat merunsigkan kepada bayak pihak terutamanya kalangan keluarga mereka sendiri. berkaitan remaja pulak mereka terdedah dengan gejala sosail yang terlampau sehinggakan ada di antara lelaki dan perempuan yang baru sahaja jumpa terus berjanji untuk bertemu dan akhirnya terjebak dengan satu gejala yang di gelar SEKS perkara ini harus dibendung akan tetapi bagaimana kita nak membendungnya satu perjalan yang agak jauh selagi wujudnya medium FB nie selagi itu orang ramai tidak akan pernah berhenti terutamanya golongan yang ketagih, fikirkan sejenak akan hal ini berikan pandangan anda tentang artikel ini

terima kasih.